Officially mine

My photo
Just a simple girl..wink wink ;)

Wednesday, September 25, 2013

Alam Baru | Suasan Baru | Environment Baru

Assalamualaikum...

Da lme x update blog aku yang xde spe nk follow up entry-entry aku..and tak akn ada nk blogwalking..hahaha and of course xkn ada yg prasan yang aku da lme x update blog..bukan apa..niat,idea tu dah mmg ada da tapi tak tahu laa kenapa jari aku ney tak rajin nak taip..hahaha kalau boleh cakap then lapatop aku ney taipkn xpela jgk kn..kah3

okayyy proceed psl title aku ney..actually aku da almost 3 weeks da kt UiTM Shah Alam continue my study in Bachelor of Science Netcentric Computing..apa itu netcentric? hahahaaa jangan laa tanya soalan ini sekarang..saya baru je blaja fundamental netcentric..nanti bile saya da abs blaja baru boleh tny soalan berbunyi seprti itu ye..hahaa sekarang xmau jawab lah..kih3

First experience study kt tmpt yg environment dia yang korang dah sedia maklum laaa kan..Shah Alam kot...hahaa sesak,jammed dengan kenderaan yang bermcam jenis and manusia yang dr pelbagai ragam,jenis.perangai..wahhhh! ayat aku x kalah budak nk amk spm kot(tapi bile ikt kn ayt ni mcm markah cukup2 makam) hahaha...tapi nk buat macam mana...dah tertulis aku akn belajar disini,.heee never mind laa...niat kite satu je..nk belajar kan...so semua mende yang datang tu adalah ujian untuk kite..just accept it and just think positive if you want to get the positive thing..semangat kena kuat..degree ney dah xmacam time kte diploma dulu..semua kene buat sendri,cari sendri..kann?

Dekat sini kan, aku blajar naik bus g kelas..kene alert laa which one bus yang korang nk g sbb stiap bus laluan dia berbeza2..hahhh? batak mcm x pena naik bus? memang laaa! dulu aku kt jengka dulu g kls jln kaki je..dah smpi..xde semput2..sebab uitm jengka tu xde la besa mana..tapi ini Shah Alam kot..SHAH ALAM...jln skit je dah semputttttttttt habaq hangg..besauuu sgt u ney..x larat nk jln kaki..dgn nk punctual g klsnye lagi kan..kalau setakat nk jln2 amk angin ptg2 tu bole sgt..dua tiga round pn xde hal..hahaha cakap besar kottt kau! hahaa

okayyy xde mende dah nk cakap, naik taip..dah perah idea dah dr stgh jam yang lalu..tapi hasil nye xde..hahaa boleh gitu? nanti aku rajin,aku update lagi entry aku eyhhh..bye kwn2..take care yourself..


Thursday, September 12, 2013

Jodoh..bile? dimana? siapa?

Aku dok online FB td terjumpa pulak laa kt satu page ni..ada betulnye jgk kn?? mariiii kite bce same2 ye kwn2..


"JODOH".. Dimana saya bercerita dengan IBU.., "ibu, ada seorang kakak ni lawaaaa sangat. Tapi tak kawin lagi. Umurnya dah 30 tahun. Alim, baik, dah macam macam usaha dia cuba ibu, tapi masih satu pun macam tak datang melamar. Dia sangat gagah tau ibu." ibu hanya mampu tersenyum. Ayah juga.

Saya hairan. Kenapa?

Lalu ibu kata,"Mungkin jodohnya dengan kematian."

Terkedu. "Maksud ibu? Dia dah nak meninggal?"

"Bukan lah.. Maksud ibu, mungkin jodohnya yang ditetapkan oleh Allah tu sudah bertemu dengan kematian. Atau mungkin belum, tetapi hampir kepada kematian. Allah "simpan" dia. Mungkin kalau dia kawen, dan husbandnya meninggal, dia menjadi seorang perempuan yang lupa pada Allah? Sebab awak kata dia alim kan? Mungkin dia terlampau sayang dan tak boleh terima? Allah boleh je kawin kan diorang, tapi kan Allah kata, Allah kasi ujian kepada hambaNya yang mampu sahaja. Mungkin dalam soal ini, Allah tahu dia tak mampu nak tanggung. Jadi, Allah kasi dia ujian lain, dengan tak kahwin. 

Oh,jadi sekarang saya faham, kenapa makcik umrah tu tak kawin, dan Allah tarik rasa nak kawin dekat dia. Ya, baru saya faham.. "mungkin jodoh makcik dengan kematian"

ibu sambung lagi.."jadi jangan berharap sangat untuk bertemu jodoh. Bukan ibu cakap, jangan tak fikir langsung pasal jodoh, tapi jangan terlampau "gila" kan tentang penemuan jodoh. Serahkan pada tanganNya. Menjadilah yang solehah. InshaAllah, kalau ada jodoh dan rezeki itu, datang jugalah ia kepada kamu.

Remaja zaman asyik fikir tentang jodoh, kahwin awal seronok. Tak pula diorang nak fikir, mati awal tu macam mana? Hish. Takut ibu. Kalau anak-anak ibu meninggal awal, entah apa yang hendak diorang persembahkan kepada Allah. Jodoh dengan kematian itu sayang, sama tarafnya. Tapi dalam memikir soal jodoh, kematian itu juga harus selari. Kerana jika hanya fikir tentang soal jodoh, kemana pula persiapan akhir kamu kelak? Jodoh takde takpe, amal takde macam mana pula? Ingat tu. Jodoh tu, orang kata "bonus" kepada setiap hambaNya untuk tambah pahala lebih lebih bagi wanita. Tapi amalan? Ia sendiri sendiri, sayang"

Saya diam. Betullah.

Kita ni, asyik nak jodoh jodoh, kawin kawin.
Kalau dalam Luh Mahfuz tu, pasangan saya tu ajalnya awal, maka saya punya jodoh tiada. Sebenarnya ada, cuma Allah tarik awal. Maka, takkan sepanjang hayat saya nak tunggu jodoh turun dari langit? Sedangkan "dia" yang Allah hantarkan tu sudah bertemu awal dengan PenciptaNya?

selamat malam semua.. tesbah ala khair.

Nukilan  FATIN NABILAH MUSANIF
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...